Thursday, September 18, 2008

kuseru namamu kekasih...; Allah is the Great



REJAB telah berlalu dan kini menjelma pula bulan Syaaban sebelum menyusul Ramadan. Berdoalah kita mudah-mudahan diperkenankan untuk sampai kepada-Nya. Sinaran bulan-bulan Islam sebenarnya banyak membawa kelebihan, dengan sebab itu beruntunglah bagi mereka yang menyedarinya dan berbuat amal salih pada bulan-bulan ini.

Ganjaran amal salih sentiasa diberikan kepada lelaki mahupun perempuan setimpal dengan amalan yang dikerjakan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 96 yang bermaksud:

�Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.�

Perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Muslim apabila mengetahui kelebihan sesuatu bulan iaitu mengambil kesempatan membanyakkan amal ibadat dan seterusnya beristiqamah dalam melaksanakannya.

Ini bermakna ibadat-ibadat tidak hanya dilakukan pada bulan itu saja tetapi sentiasa diamalkan di dalam kehidupan seharian. Kita yang melaluinya sekarang digalakkan untuk sentiasa meneruskan amal salih kepada bulan berikutnya dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan. Tuntutan beristiqamah ini disebutkan oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: �Aku beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah.�

Rejab sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah mempunyai banyak kelebihannya dengan ditambah ganjaran pahala ibadah seperti puasa, membaca al-Quran, bertaubat, berdoa, berselawat, berzikir dan sebagainya. Ia adalah satu latihan sebelum umat Islam menghadapi bulan Ramadan nanti. Kehebatan ibadah puasa ini telah diceritakan ganjarannya oleh Rasulullah di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud:

�Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barang siapa yang berpuasa satu hari dari pada Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu.�

Pun begitu bulan inilah berlakunya peristiwa besar iaitu Israk dan Mikraj iaitu perjalanan baginda Rasulullah saw dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin). Gambaran mengenai kehidupan ahli dunia telah diperlihatkan kepada Rasulullah saw pada hari berkenaan terutama ganjaran orang yang berbuat kebaikan akan memperoleh kebaikan di sisi Allah manakala bagi mereka yang melakukan kejahatan juga diperlihatkan balasannya. Pada ketika inilah suruhan sembahyang lima kali sehari telah difardukan kepada orang Islam yang mukallaf. Perjalanan inilah yang sebutkan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah al-Isra� ayat 1 yang bermaksud;

�Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.�

Syaaban dan Ramadan menyusul dengan berbagai-bagai kelebihan seperti mana kelebihan bulan Rejab dari puasa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, bertaubat dan seumpamanya. Persoalan yang mungkin berlaku kepada kita, bagaimana kita sendiri yang merebut kesempatan yang ditawarkan ini dengan mengisi peluang berkenaan dengan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan oleh kita.

Dengan itu, Allah menyeru agar umat Islam sentiasa bertaqwa kepada-Nya dengan menghayati dan beramal dengan sebenar-benarnya dan dengan harapan Allah akan menerima amalan kita berkenaan.

Kita sebenarnya telah mengharungi bulan itu pada tahun-tahun lepas namun sejauhmana penghayatan diri kita terhadap kelebihannya (Rejab, Syaaban, Ramadan). Menjadi satu kewajipan bagi kita mengambil iktibar seberapa banyak pengajaran dari bulan yang mulia ini dengan mendalami Islam dengan sebenar-benarnya. Umpamanya peristiwa Israk dan Mikraj mengajak manusia untuk berfikir mengenai ilmu teknologi; di mana pada zaman itu manusia tidak mampu untuk sampai ke langit menaiki kenderaan disebabkan belum berkembang kemajuan dan penerokaan ilmu namun begitu pada hari ini, dengan ilmu yang digemblingkan teknologi mampu membawa manusia menjelajah alam ciptaan Allah ini.

Kedatangan bulan-bulan ini sebenarnya menambahkan lagi rasa kerahmatan kepada kita untuk melipatgandakan pahala demi meninggikan syiar Islam dalam apa jua bidang. Berazamlah untuk melaksanakan perintah Allah dengan sebaiknya. Kita tidak akan berubah selamanya jika diri kita sendiri tidak cuba untuk mengubahnya. Perubahan demi perubahan amat perlu untuk menghadapi dan menghayati Islam. Berusahalah untuk kemajuan dan berjuanglah untuk meningkatkan martabat Islam.

Keberkesanan amalan kita seterusnya boleh dibuktikan melalui kekuatan fizikal dan spiritual ketika menghadapi ujian dalam mengembangkan Islam dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Gambaran ini dijelaskan menerusi sembahyang yang sempurna mampu menghalang perkara mungkar seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: ��Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar��

Di dalam menjalani kehidupan ini kita diuji dengan berbagai-bagai ujian yang mana iman kita boleh bertambah dan boleh juga berkurang. Mengharunginya memerlukan kesabaran dan kesungguhan dengan keimanan dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya serta bertawakal kepada Allah. Perubahan kemajuan hidup yang berlaku dengan pesat, menyebabkan segala macam peningkatan keperluan hidup menuntut kita mengejarnya, bagaimanapun kita tidak boleh lupa bahawa segala-galanya adalah daripada Allah.

Kita insan kerdil yang lemah memang pernah melakukan kesilapan maka bersegeralah merebut kelebihan bulan-bulan ini. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini tidak dipandang sepi sebaliknya jadilah insan yang benar-benar menghayati keindahan Islam dengan menyuburkannya menerusi amalan harian. Moga-moga nasihat Rasullulah sering kita ingati, ini diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud;

�Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datang keadaan sakitmu dan keadaan berada sebelum datang keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.

No comments: