Sunday, September 28, 2008

sElAmAt HaRi RaYa


Get Hari Raya Graphics Here



Raya dah tiba...tiba lah masa nk bermaaf-maafan...
jikalau ada salah..tersinggung...terkasar bahasa....
kupohon maaf....xsengaja lerrr.....
ni aku dah..kat KAMPUNG!!!
SARAWAK....I'M HOME!!!
RAYA tetap RAYA!!!

Thursday, September 18, 2008

Jahat x kitaorg



ni nk gtau...
ktaorg telah berlaku jahat kt pak cik...
hehehhehe...p bukan aku punyer idea la...
t aku letak pic2 pakcik tu ek....












ni gambar pak cik kena simbah air...hehehhehe...jgn marah ek pak cik...













tiada penyesalan...hehehhehe...dh tua...
big boss aka pak cik faris







Ni pulak para perosak...n master mind bufday pak cik...hehehehehehe.......well pak cik...happy bufday

kuseru namamu kekasih...; Allah is the Great



REJAB telah berlalu dan kini menjelma pula bulan Syaaban sebelum menyusul Ramadan. Berdoalah kita mudah-mudahan diperkenankan untuk sampai kepada-Nya. Sinaran bulan-bulan Islam sebenarnya banyak membawa kelebihan, dengan sebab itu beruntunglah bagi mereka yang menyedarinya dan berbuat amal salih pada bulan-bulan ini.

Ganjaran amal salih sentiasa diberikan kepada lelaki mahupun perempuan setimpal dengan amalan yang dikerjakan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 96 yang bermaksud:

�Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.�

Perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh seseorang Muslim apabila mengetahui kelebihan sesuatu bulan iaitu mengambil kesempatan membanyakkan amal ibadat dan seterusnya beristiqamah dalam melaksanakannya.

Ini bermakna ibadat-ibadat tidak hanya dilakukan pada bulan itu saja tetapi sentiasa diamalkan di dalam kehidupan seharian. Kita yang melaluinya sekarang digalakkan untuk sentiasa meneruskan amal salih kepada bulan berikutnya dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan. Tuntutan beristiqamah ini disebutkan oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: �Aku beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah.�

Rejab sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah mempunyai banyak kelebihannya dengan ditambah ganjaran pahala ibadah seperti puasa, membaca al-Quran, bertaubat, berdoa, berselawat, berzikir dan sebagainya. Ia adalah satu latihan sebelum umat Islam menghadapi bulan Ramadan nanti. Kehebatan ibadah puasa ini telah diceritakan ganjarannya oleh Rasulullah di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud:

�Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barang siapa yang berpuasa satu hari dari pada Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu.�

Pun begitu bulan inilah berlakunya peristiwa besar iaitu Israk dan Mikraj iaitu perjalanan baginda Rasulullah saw dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin). Gambaran mengenai kehidupan ahli dunia telah diperlihatkan kepada Rasulullah saw pada hari berkenaan terutama ganjaran orang yang berbuat kebaikan akan memperoleh kebaikan di sisi Allah manakala bagi mereka yang melakukan kejahatan juga diperlihatkan balasannya. Pada ketika inilah suruhan sembahyang lima kali sehari telah difardukan kepada orang Islam yang mukallaf. Perjalanan inilah yang sebutkan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah al-Isra� ayat 1 yang bermaksud;

�Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.�

Syaaban dan Ramadan menyusul dengan berbagai-bagai kelebihan seperti mana kelebihan bulan Rejab dari puasa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, bertaubat dan seumpamanya. Persoalan yang mungkin berlaku kepada kita, bagaimana kita sendiri yang merebut kesempatan yang ditawarkan ini dengan mengisi peluang berkenaan dengan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan oleh kita.

Dengan itu, Allah menyeru agar umat Islam sentiasa bertaqwa kepada-Nya dengan menghayati dan beramal dengan sebenar-benarnya dan dengan harapan Allah akan menerima amalan kita berkenaan.

Kita sebenarnya telah mengharungi bulan itu pada tahun-tahun lepas namun sejauhmana penghayatan diri kita terhadap kelebihannya (Rejab, Syaaban, Ramadan). Menjadi satu kewajipan bagi kita mengambil iktibar seberapa banyak pengajaran dari bulan yang mulia ini dengan mendalami Islam dengan sebenar-benarnya. Umpamanya peristiwa Israk dan Mikraj mengajak manusia untuk berfikir mengenai ilmu teknologi; di mana pada zaman itu manusia tidak mampu untuk sampai ke langit menaiki kenderaan disebabkan belum berkembang kemajuan dan penerokaan ilmu namun begitu pada hari ini, dengan ilmu yang digemblingkan teknologi mampu membawa manusia menjelajah alam ciptaan Allah ini.

Kedatangan bulan-bulan ini sebenarnya menambahkan lagi rasa kerahmatan kepada kita untuk melipatgandakan pahala demi meninggikan syiar Islam dalam apa jua bidang. Berazamlah untuk melaksanakan perintah Allah dengan sebaiknya. Kita tidak akan berubah selamanya jika diri kita sendiri tidak cuba untuk mengubahnya. Perubahan demi perubahan amat perlu untuk menghadapi dan menghayati Islam. Berusahalah untuk kemajuan dan berjuanglah untuk meningkatkan martabat Islam.

Keberkesanan amalan kita seterusnya boleh dibuktikan melalui kekuatan fizikal dan spiritual ketika menghadapi ujian dalam mengembangkan Islam dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Gambaran ini dijelaskan menerusi sembahyang yang sempurna mampu menghalang perkara mungkar seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: ��Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar��

Di dalam menjalani kehidupan ini kita diuji dengan berbagai-bagai ujian yang mana iman kita boleh bertambah dan boleh juga berkurang. Mengharunginya memerlukan kesabaran dan kesungguhan dengan keimanan dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya serta bertawakal kepada Allah. Perubahan kemajuan hidup yang berlaku dengan pesat, menyebabkan segala macam peningkatan keperluan hidup menuntut kita mengejarnya, bagaimanapun kita tidak boleh lupa bahawa segala-galanya adalah daripada Allah.

Kita insan kerdil yang lemah memang pernah melakukan kesilapan maka bersegeralah merebut kelebihan bulan-bulan ini. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini tidak dipandang sepi sebaliknya jadilah insan yang benar-benar menghayati keindahan Islam dengan menyuburkannya menerusi amalan harian. Moga-moga nasihat Rasullulah sering kita ingati, ini diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud;

�Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datang keadaan sakitmu dan keadaan berada sebelum datang keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.

Aku berjaya n miss my mum

aku berjaya merubah semua itu...
aku akan pastikan mereka itu pasti mengakuinya...
aku akan ingati per yang telah mereka lakukan ke atas ku...
akan ku pastikan...
suatu hari nanti....
aku berjaya....
xkira per jua...
aku akan tetap hadapi....
Allah itu maha Adil...
Allahuakbar!!!
Ku percaya kuasa yang Dia yang maha Esa....
Mengatasi segala kuasa yang ada di
dunia ini....
InsyaAllah.....


Miss my mum...
uwaaaa......
xsabar nk tunggu sok....
hehehhehehehe....
ni la mak aku....
hm....G cni pun sbb da mesyuarat marking paper
utk UPSR.....
Hm....sok aku nk jumpa mak aku...
x sabar.....
Ni gambar yang mak aku ambik kt
Cameron Highland.....
Syok sgt jumpa kebun strawberi...
nyum...nyum,....sedap woooo...
mlm td aku bru jer mkn strawberi byk2....
aku beli lepas balik berbuka semalam....
Miss u mak....

Monday, September 15, 2008

STRESSSS!!!!Waaaaaaaaaaa.....!!!

arini aku geram..benci...ntah suma la...nape la xpaham ngn keadaan aku ni....
per la nasib aku....dah la jd sebegini rupa...pliss la...jgn la buat cm ni........
aku xtau...aku tau salah ku....p aku da sebab...pliss la pkir.......bukan aku sengaja....aku betul2 da masalah......korang asyik pkir korang jer....

TeRcArI-cArI mAkSuD nAmA

ada di antara mereka tidak mengetauhi betapa penting nk maksud nama...
nama yang menunjukkan peribadi seseorang itu...
nama juga yang menampakkan kelakuan seseorang itu...
nama juak yang melambangkan sifat seseorang tu...
betapa indahnya maksud nama itu jika dipanggil dengan betul...
indah dengan maksudnya...

Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)




Saturday, September 13, 2008

the darkside making storyboard

ni storyboard yang asal

ni pulak yg tampal n color
yg bwh ni pulak watak2 n line setiap jalan cerita








ni adalah hasil yg aku buat dlm masa 3 hari...
xtdo aku tau....sampai bengkak mata uwaaa...
ni pun aku tgh membayar utang tido ku yang xterbayar
cm ner r...

Sunday, September 7, 2008

Life is wonderfull, just feel the fresh of freedom

Inilah tapak kaki permulaan...so happy sb free dr @#%*@#(sorry, xleh padah)
best gilak2...well nk klakar sarawak lok...lamak dah sik naip dlm bhsa mpun ya...
rindu bah, nk kakar, kt ctok jarang juak nemu miak srwk...susah li jak ncarik
nasib nemu dua tiga nemiak junior dr srwk...
hehhehehee...cm nk molah kedak gpms da juak

week's of the angel...bulan ramadhan...Al-Mubarak

Bulan posa ni memang menguji betul la...
time2 ni aku sakit macam2 la....
p memang satu lagi aku rasa gembira sangat2...
kemungkinan majlis #%$@*# xjd...
hehehhehehe...rasa bebas yang amat sangat...
sapa2 yang tau pasal ni...ketahui la aku dah bebas...
aku xpayah nk p jd milik org lagi...
hehehhehehe.....
so enjoy for this life...survive!!!
Alhamdulillah..moga aku mendapat apa yang aku nak di bulan yang mulia ini...
Aminnnnnn.............
p ada jugak la...disebalik tu aku mengalami kesusahan...
uwaa......aku kena save budget loooo....
duit xder....nasib baik la bulan puasa...dapat ckit la save budget...
bulan puasa mengajar aku erti berjimat...
dulu2 x dengar ckp org...belanja..habis2an...
pastu duit emergency pun dah guna
hm...sekarang hanya nanti nasib...

Thursday, September 4, 2008

gigi ku di cabut....vampire style...

hari ini...gigiku telah dicabut...uwaa....sakitnyer...xterkata...huhuhuhu.....
yang x leh belah nyer....hari ini aku ke poliklinik...mcm sial ler...nurse dia....
ckp la awal2..hari rawatan utk pesakit luar hari selasa and rabu....
susah payah aku ke sana...
sib ada member yang tolong aku..member tu...(dirahsiakan)
hehehhehe....
last2...aku decide ke pkns utk membuat rawatan ke private punyer klinik...
mahal nyer mak oi....rm180....
dh la...duit aku xckup...
siot betul la...
per la malang nasib aku ri ni....
dah la...ckp pun mcm org lalok dengan kapas di mulut tu....
pg klinik nk dptkn mc pun da malang nya jugak...
huhuhuhuhuh..kad kesihatan aku tertukar pulak ngn org len
terpaksa aku cri kad bru...