Sunday, February 15, 2009

Ular Nabau A.K.A. Anaconda versi Sarawak

Gambar: Jeram Pelagus (berhadapan dengan Pusat Peranginan Pelagus)

Jeram Pelagus, terdiri daripada beberapa siri jeram di antara Kapit dan Belaga, terletak kira-kira 32km di Batang Rajang dari bandar Kapit. Jeram bersiri ini mempunyai sejumlah tujuh buah jeram yang menjangkau sejauh 12.8km (8 batu). Antara jeram yang paling bahaya ialah jeram-jeram sepanjang 1.6km yang berair deras dan bergelora melalui batu-batan yang tajam yang terletak berhampiran dengan Pusat Peranginan Pelagus.

Batu tongkol besar yang tonjol sewaktu paras air rendah menjadikan jeram itu tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar manakala pada waktu paras air tinggi, air jeram menjadi bergelora dan berpusar menjadikan laluan sungai berbahaya. Pada masa dahulu, Jeram Pelagus menjadi penghalang kepada orang Iban daripada berhijrah jauh ke hulu dan bertembung dengan suku etnik lain yang telahpun menetap awal di sana. Kini. Jeram Pelagus merupakan aset pelancongan yang penting dengan terbinanya Pusat Peranginan Pelagus yang berhadapan dengan jeram itu.

Legenda mengatakan bahawa pada zaman purba dahulukala, terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau. Pada suatu hari, ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan. Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu, mengeratnya kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai. Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun, seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut. Sesetengah orang tempatan masih lagi membuat upacara atau persembahan adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

aku tak tau samada benda ini betul ke x...
tp menurut sumber yang aku tahu (dr pakwe aku)...kemungkinan benda ini adalah yang betul....
mitos kaum iban di sibu...atau kapit n area yang berkenaan... yang di bawak merupakan berita yang aku copy dr website mengenai kehangatan berita ular nadau @ nabau ini..;

Sebelum ini, saya pernah menceritakan mengenai Puaka Niang Rapik di dunia internet. Sekarang ini, satu kisah misteri yang saya ragui kebenarannya berlaku di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak.

Pada mulanya, saya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga diberitahu oleh rakan sekerja . Berita misteri tersebut adalah mengenai seekor ular besar yang ditangkap gambarnya semasa sedang merentasi Sungai Baleh di Sibu Sarawak. Walaubagaimanapun gambar yang terpampang pada suratkhabar berkenaan seolah macam sudah di edit dan telah dimanipulasikan oleh orang. Tetapi ini hanyalah spekulasi liar saya sahaja.


Nadau? Hmm sekiranya dalam bahasa iban, kalau tak silap saya ia sepatutnya dipanggil Nabau. Sekiranya dilihat pada gambar yang telah discan dari suratkhabar tersebut, saya boleh katakan ia kemungkinan sebuah bot laju yang merentasi sungai tersebut. Walaubagaimanapun si pengambil gambar lebih mengetahui mengenai perkara ini.
Adakah betul haiwan tersebut wujud? atau zaman dinosaur sudah kembali? Apa pandangan anda?

Sumber :

  • UTUSAN SARAWAK Rabu 11/02/2009
  • Berita ditulis oleh : IBRAHIM GANI
P/S skrang nih brita ular nabau nih citer pling tergempar kat srawak...terpulang ngn korang nak caye ker x...aku no comment...rase takut plak nak mandi sungai nih....huhuhu

6 comments:

Anonymous said...

halow, hehehehe. Ular tipu jak ya. :D

Sai said...

huhu.. biar mena.. kedak photoshop jak rupanya.. btw tok blog kamek http://saifquorum.blogspot.com/ kmk dah link blog kitak..

phantomgirl said...

ya la...cm tipu pun da juak...
kmk ambik jak...saja kei menuh...thanks sai...kmk pun dh link ktk

Niesa said...

mcm bulak jak pic ya.p pic ya cam edit jak.. tga pic ke 2.. mun nya mena la besa ya n panjang ya.. p pic ke 3 ya.. xla panjang ney pun mun dbnding pic ke 2 or 1.
haha..

p still ya tetap mitos..
dinosour return kali .

nice story

jns said...

nabau merupakan ular gergasi yang sememangnya wujud (etnik Dayak Iban).Saya adalah kaum Iban. Mungkin dalam gambar itu sudah diedit. Jika korang nk tahu hmm kaji lah kebenarannya sendiri, korang akan jumpa ...

Unknown said...

anakonda ya kali nak...org kita nyebut nabau..come visit my blog. kamek pun ada dpt gambar dari hutan sarawak kata daknya pasal ular besar..nang besar jak ular ya. moyang ular sawa.

http://cintakandaku.blogspot.com