"Kisah aku dan my hometown, Lundu"
Lundu, merupakan kampung mak aku. Dah lama gak x balik kampung nih.. Ok, now aku nk citer pasal my kampung okeyh... Lundu ni masih kelihatan agak kampung, aku kira classic. Yelah, jalan-jalan kat kampung guna basikal jer. Before jambatan yang menghubungkan lundu, dulu naik feri jer. Tunggu punyer la lama. Sampai ada satu saat tu, jambatan belum siap lagi, siap kena tol pulak kat Feri tu. Masa dulu-dulu gak...aku teringat masa balik kampung, panjang parisan kereta sampai 1 km dari feri tuh...okay, kita lupakan kisah2 silam aku tuh, meh aku citer cikit pasal Lundu..k.
Sejarah Lundu
"Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877.
Berdasarkan penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo. Menurut cerita penduduk tempatan , pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya semasa air pasang. "
Kat Lundu banyak tempat yang menarik yang boleh di lawati dan feeling enjoy or exciting.. Macam Gunung Gading... atau lebih di kenali sebagai Taman Negara Gading."Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877.
Berdasarkan penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo. Menurut cerita penduduk tempatan , pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya semasa air pasang. "
Terletak di pinggiran kaki Gunung Gading. Masih kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi yang unik, hutan tropika yang luas dan tidak terusik. Bagi para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh menjejaki denai untuk sampai ke puncak gunung. Bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka akan menjumpai bunga Rafflesia semasa perjalanan mereka ke puncak gunung. Di bahagian lurah-lurah gunung, pengunjung dapat melihat aliran air dari gunung yang mengalir laju yang sejuk lagi menyegarkan, dan sesekali melimpah pada cerun tinggi bagaikan air terjun. Manakala di bahagian hilirnya pula dibina takungan kecil untuk dijadikan tempat bermandi. Gazebo dan Barbeque pic disediakan bagi pengunjung yang bercadang untuk berkelah. Dan bagi pengunjung yang merancang hendak bermalam, rumah tumpangan (Hostel dan Chalet) ada disediakan.
Yang ni pulak kt pasar Lundu, dulu aku selalu gak turun ke pasar follow pak cik aku. Dulu-dulu punye kisah, kitaorg pakai basikal jer. Aku rasa la sampai sekang pun masih majoriti guna basikal kat Lundu tuh.
Pastu kalau nak g mandi, kat Lundu nih banyak tempat mandi yang besh2..Macam Pulo Air, Gunung Gading, Dem, Pantai Pandan, Siar Beach....
Daerah Lundu memang terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Sarawak. Kawasan menarik tersebut adalah seperti:
- Taman Negara Gading (Lundu)
- Taman Negara Tanjung Datu (Sematan)
- Taman Hidupan Liar Semunsam (Sematan)
- Kawasan Pantai:
Pandan, Siar, Sematan & Telok Melati.
Program Homestay seperti di Telok Melano, Telok Serabang dan Rumah Panjang Pueh di Sematan. Ulat Sutra di Silk Farm, Sematan. Deer Farm dan Bird Nest di Kampung Siru, Sematan. Industri Penternakan Ketam, Sematan. - Industri-industri kecil: Keropok ikan, keropok udang, keropok ubi dan kuih tradisional, kraftangan dan sebagainya.
*tu jer yang bleh aku citer buat masa skang, t kalu aku da masa aku updated la cikit2 pasal Lundu nih.
more information u can get in here about LUNDU :
http://www.ikanlundu.com/lundu/lundupage1.html
4 comments:
wah.. lamak dah sik pergi lundu..
staying at lundu from 1994 until 2004.. lot of memories there..
kampungku~
uncle apize...kampung mek juak tok...
hehehehhee..bruk balit cuti tek..best da jak
Akak sebut-sebut awak dalam blog akak...http://zmah-ceritaku.blogspot.com
Post a Comment