Tuesday, February 17, 2009

Special About Lundu...Explore it!

"Kisah aku dan my hometown, Lundu"


Lundu, merupakan kampung mak aku. Dah lama gak x balik kampung nih.. Ok, now aku nk citer pasal my kampung okeyh... Lundu ni masih kelihatan agak kampung, aku kira classic. Yelah, jalan-jalan kat kampung guna basikal jer. Before jambatan yang menghubungkan lundu, dulu naik feri jer. Tunggu punyer la lama. Sampai ada satu saat tu, jambatan belum siap lagi, siap kena tol pulak kat Feri tu. Masa dulu-dulu gak...aku teringat masa balik kampung, panjang parisan kereta sampai 1 km dari feri tuh...okay, kita lupakan kisah2 silam aku tuh, meh aku citer cikit pasal Lundu..k.

Sejarah Lundu


"Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877.
Berdasarkan penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo. Menurut cerita penduduk tempatan , pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya semasa air pasang.
"


Kat Lundu banyak tempat yang menarik yang boleh di lawati dan feeling enjoy or exciting.. Macam Gunung Gading... atau lebih di kenali sebagai Taman Negara Gading.




Terletak di pinggiran kaki Gunung Gading. Masih kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi yang unik, hutan tropika yang luas dan tidak terusik. Bagi para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh menjejaki denai untuk sampai ke puncak gunung. Bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka akan menjumpai bunga Rafflesia semasa perjalanan mereka ke puncak gunung. Di bahagian lurah-lurah gunung, pengunjung dapat melihat aliran air dari gunung yang mengalir laju yang sejuk lagi menyegarkan, dan sesekali melimpah pada cerun tinggi bagaikan air terjun. Manakala di bahagian hilirnya pula dibina takungan kecil untuk dijadikan tempat bermandi. Gazebo dan Barbeque pic disediakan bagi pengunjung yang bercadang untuk berkelah. Dan bagi pengunjung yang merancang hendak bermalam, rumah tumpangan (Hostel dan Chalet) ada disediakan.


Yang ni pulak kt pasar Lundu, dulu aku selalu gak turun ke pasar follow pak cik aku. Dulu-dulu punye kisah, kitaorg pakai basikal jer. Aku rasa la sampai sekang pun masih majoriti guna basikal kat Lundu tuh.

Pastu kalau nak g mandi, kat Lundu nih banyak tempat mandi yang besh2..Macam Pulo Air, Gunung Gading, Dem, Pantai Pandan, Siar Beach....

Daerah Lundu memang terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Sarawak. Kawasan menarik tersebut adalah seperti:

  • Taman Negara Gading (Lundu)
  • Taman Negara Tanjung Datu (Sematan)
  • Taman Hidupan Liar Semunsam (Sematan)
  • Kawasan Pantai:
    Pandan, Siar, Sematan & Telok Melati.
    Program Homestay seperti di Telok Melano, Telok Serabang dan Rumah Panjang Pueh di Sematan. Ulat Sutra di Silk Farm, Sematan. Deer Farm dan Bird Nest di Kampung Siru, Sematan. Industri Penternakan Ketam, Sematan.
  • Industri-industri kecil: Keropok ikan, keropok udang, keropok ubi dan kuih tradisional, kraftangan dan sebagainya.
Kalau macam keropok ikan tu...family aku da buat bisnes tu...kalau korang pegi kat Kampung Stunggang Melayu, Lundu..kat tengah2 tu da kilang keropok. Family aku buat keropok kat citu la...Sebut jer nama nenek aku tu, suma kenal..Yelah, kampung kecik je so suma kenal.

*tu jer yang bleh aku citer buat masa skang, t kalu aku da masa aku updated la cikit2 pasal Lundu nih.

more information u can get in here about LUNDU :
http://www.ikanlundu.com/lundu/lundupage1.html

Sunday, February 15, 2009

Ular Nabau A.K.A. Anaconda versi Sarawak

Gambar: Jeram Pelagus (berhadapan dengan Pusat Peranginan Pelagus)

Jeram Pelagus, terdiri daripada beberapa siri jeram di antara Kapit dan Belaga, terletak kira-kira 32km di Batang Rajang dari bandar Kapit. Jeram bersiri ini mempunyai sejumlah tujuh buah jeram yang menjangkau sejauh 12.8km (8 batu). Antara jeram yang paling bahaya ialah jeram-jeram sepanjang 1.6km yang berair deras dan bergelora melalui batu-batan yang tajam yang terletak berhampiran dengan Pusat Peranginan Pelagus.

Batu tongkol besar yang tonjol sewaktu paras air rendah menjadikan jeram itu tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar manakala pada waktu paras air tinggi, air jeram menjadi bergelora dan berpusar menjadikan laluan sungai berbahaya. Pada masa dahulu, Jeram Pelagus menjadi penghalang kepada orang Iban daripada berhijrah jauh ke hulu dan bertembung dengan suku etnik lain yang telahpun menetap awal di sana. Kini. Jeram Pelagus merupakan aset pelancongan yang penting dengan terbinanya Pusat Peranginan Pelagus yang berhadapan dengan jeram itu.

Legenda mengatakan bahawa pada zaman purba dahulukala, terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau. Pada suatu hari, ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan. Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu, mengeratnya kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai. Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun, seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut. Sesetengah orang tempatan masih lagi membuat upacara atau persembahan adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

aku tak tau samada benda ini betul ke x...
tp menurut sumber yang aku tahu (dr pakwe aku)...kemungkinan benda ini adalah yang betul....
mitos kaum iban di sibu...atau kapit n area yang berkenaan... yang di bawak merupakan berita yang aku copy dr website mengenai kehangatan berita ular nadau @ nabau ini..;

Sebelum ini, saya pernah menceritakan mengenai Puaka Niang Rapik di dunia internet. Sekarang ini, satu kisah misteri yang saya ragui kebenarannya berlaku di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak.

Pada mulanya, saya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga diberitahu oleh rakan sekerja . Berita misteri tersebut adalah mengenai seekor ular besar yang ditangkap gambarnya semasa sedang merentasi Sungai Baleh di Sibu Sarawak. Walaubagaimanapun gambar yang terpampang pada suratkhabar berkenaan seolah macam sudah di edit dan telah dimanipulasikan oleh orang. Tetapi ini hanyalah spekulasi liar saya sahaja.


Nadau? Hmm sekiranya dalam bahasa iban, kalau tak silap saya ia sepatutnya dipanggil Nabau. Sekiranya dilihat pada gambar yang telah discan dari suratkhabar tersebut, saya boleh katakan ia kemungkinan sebuah bot laju yang merentasi sungai tersebut. Walaubagaimanapun si pengambil gambar lebih mengetahui mengenai perkara ini.
Adakah betul haiwan tersebut wujud? atau zaman dinosaur sudah kembali? Apa pandangan anda?

Sumber :

  • UTUSAN SARAWAK Rabu 11/02/2009
  • Berita ditulis oleh : IBRAHIM GANI
P/S skrang nih brita ular nabau nih citer pling tergempar kat srawak...terpulang ngn korang nak caye ker x...aku no comment...rase takut plak nak mandi sungai nih....huhuhu

Pear Scale fish...@ balloon...


History
The pearlscale's first mentioning happened around the 1900s, and he is not considered one of the "normal" goldfish. A bit extravagant, his distinctive scales are worth a second glance. Although because of this feature some people might call him a "freak of nature". However, in my case, he is one of my favorite fish.

Features
The pearlscale is the only goldfish variety with differently shaped scales, which have a hard raised area in the center of each scale, usually white, which gives them the appearance of a pearl, hence the name. The pearlscale is a very plump and roundbodied fish (therefore being nicknamed "Golfball" sometimes), with all the finnage being in pairs, except of course for the dorsal fin.The body depth should be greater than 2/3 of the body length, the caudal fin should be evenly forked and divided. A webbed tail is not very desirable.

Varieties and colors
Pearlscales are one of those goldfish varieties that come in all kinds of colors - red, red/white, calico, blue, black, even in chocolate. There are two major groups of pearlscales - with and without headgrowth. Yes, a pearlscale can have headgrowth, and in this case its called a Hamanishiki. The most desired headgrowth should be all in one piece, round and even, with no little growth behind the dominant headgrowth. This is very hard to achive, and most commonly hamanishiki have a flaw in their headgrowth one way or the other. A crowned pearlscale with the perfect wen is highly desirable and priced accordingly.

Food

Belonging into the group of goldfish, there is only one thing to say when it comes to food - if it fits into his mouth, it will be eaten. There is however one thing that needs to be looked at before feeding a pearlscale - his body shape. Being extremely round and plump, one can only imagine how cramped his internal organs are, and therefore precautions need to be taken when feeding the pearlscale. If fed unsoaked pellets and flakes, the dry food will soak up water from the intestines and will expand inside the fish, which can be a very dangerous thing when feeding like this is practiced on a regular basis. Expanding food will cause pressure on the surrounding organs, and over time causes damage to the swim bladder, exposing the pearlscale to constipation and swim bladder problems down the road.
So, go ahead folks, and soak those pellets and flakes, and otherwise feed the fish a variety of other foods as well - frozen food like brine shrimp, bloodworms, daphnia, as well as a variety of vegetable like lettuce, cucumber, thawed and deshelled peas. The latter one is an excellent remedy for mild cases of constipation, and should be in a pearlscale diet at least once a week.


Housing
Well, what can I say - it's a goldfish. Big and messy, 10 gl is the absolute minimum a pearlscale should be kept. Remember, the bigger the better. He does well with most other goldfish varieties, as long as he doesn't have to compete with faster fish for his food. So, comets and shubunkins, as well as wakin, are not a good idea with pearlscales. He is a big round fish, and winning a swimming marathon is just not the first thing on his priority list.

What else is there?
Being a fish with such extraordinary scales, it should be taken care that he keeps as many of those scales as possible. Reason being, once the scale falls of due to breeding damage or sharp objects in the tank, it will not grow back to its original shape. In its place is the usual flat scale that we see on all the other goldfish breeds. So, you wonna keep those beautiful scales, watch them!
There is the precautionary statement going around that those delicate scales need more calcium in the water than the "usual" goldfish. That might or might not be a factor, all I can say is that I have kept pearlscales for quite a few years now, and don't own a calcium test kit.
So, anybody getting a golfball today?






ni la aku punyer ikan....kiut tak...paling gemook..yg kaler putih tu....

MEDAN @ KUCHING & making a money time

pertama kali aku membuat suatu keputusan aku sendiri...sepatutnya aku bakal terbang ke Medan pada 21hb Feb 2009...akan tetapi kerana ada masalah aku mengambil keputusan untuk balik...pada mak n bapakku mengizinkan permergian aku ke Medan akhirnya membangkang keputusan ku itu....itu lah keputusan yang di ambil...so cuti ini aku balik kampung la...walaupun sedih kerana tidak mengikuti kawan2 ku yang lain...semoga korang enjoy dengan percutian ke Medan itu...."jgan lupa bwk ole2 ngan aku erk..."....so 19hb Februari ini aku bakal kembali ke kampung halaman ku...hehehhehe.."balik kampung...o0oooo...balik kampung...hehehehhehe...besh per!"

Tak sabar nk balik nih...ye la...kalau di ekotkan aku nih stay jer kt dorm alias rumah agam unisel tuh...hahhahahaa...
agak2 aku lah...aku nk balik kampung mak aku yang kt Lundu tu...nk wat explore suma tmpat la...cam waterfall ker...Gunung gading ker....gua2 ker....mana2 la yang berkenaan...t leh aku wat program kt sana...hehehehe....leh jd guider yang berjaya kot..hahahha...dah stat kepala bisnes aku nih....
so sapa2 yang dtg kt kuching..leh la kontek aku ek.....

Bella, 013-2971292

berkenaan rumah sewa tu.....rumah dekat Taman Putri...area2 nk ke Santubong @ Damai....
Rm 100 per malam....bilik da 3 buah fully funished tau....
ni sewa utk yang g melancong jer..not permenant k....

erm per lagi aku nk promote erkkk.....
kek lapis pun da...kek lapis sarawak tau...
nk pesan pun leh.....

have a enjoy journey..yeah...fren....n me...

Friday, February 13, 2009

Jodoh..takdir...ikatan..itu semua rahsia Allah...untuk umat-Nya

Assalammualaikum wbt wrh
saya kongsikan satu cerpen berkenaan dgn jodoh…InshaALLAH, cerpen yg dihasilkan bukan lah rekaan semata-mata, tetapi kisah yg pernah terjadi kepada seorang muslimat…semoga dijadikan iktibar dan pedoman kerana ajal maut dn jodoh itu rahsia ALLAH…
“Assalammualaikum”
“Waalaikumsalam”. Lembut Jannah menjawab. Inilah pertemuan antara Jannah dan Firdaus yang disulami perasaan cinta kerana ALLAH atau dikenali sebagai taaruf bagi mengenali bakal pasangan untuk dinikahi menurut syariat Islam.
“Alhamdulilah, inilah kali pertama ana berperasaan begini pada anti. WardatulJannah, seboleh-bolehnya ana sangat berharap agar ikatan yang suci ini dipelihara sehingga kita diijab kabulkan”. Bicara Firdaus dalam keadaan gugup. Perasaan malunya tidak dapat ditahan lebih-lebih lagi dirinya sedang diperhatikan oleh 2 orang Ustaz dihadapannya . Tirai langsir menjadi pemisah kepada pertemuan ini. Jannah ditemani dengan seorang ustazah disebalik sana .
Firdaus seorang pemimpin yang hebat di kampus. Tegas bila berhadapan dgn perkara mungkar dan sangat berlemah lembut ucapannya apabila mengajak kepada maaruf. Ayah Firdaus telah meninggal dunia sejak dia berusia 5 tahun. Firdauslah yang banyak membantu ibunya memberi semangat untuk hidup, menemani ibunya ketika kesunyian dan memberi sebahagian duit perbelanjaan biasiswa kepada ibunya yang tinggal di kelantan. Biarlah dia berlapar sekalipun, tetapi tidak bagi ibu dan adik-adiknya di kampung.
Firdaus mengenali Jannah apabila mereka dan sahabat yang lain diarahkan oleh pimpinan jemaah kampus untuk bertanding dalam pilihanraya kampus. Beza umur Jannah dan Firdaus seusia 2 tahun. Dalam piliharanraya lepas, nasib menyebelahi mereka. Kemenangan yang dikecapi bukanlah sesuatu yang menggembirakan mereka, tetapi sebenarnya mereka ditaklifkan dengan satu tanggungjawab yang besar untuk menjadi suara-suara pelajar yang berhadapan dengan masalah dan yang paling penting mereka akan bersama-sama membangunkan biah solehah di kampus.
Jannah seorang gadis pemalu tetapi bersuara lantang dalam mengeluarkan pendapat dan idea apabila bermesyuarat. Walaupun amanah yang dipegang merupakan kerja-kerja ijtimaie, tetapi batas-batas ikhtilat dan pergaulan tetap dijaga. Kadang-kadang pelajar bukan jemaah yang duduk semeja dalam mesyuarat pelik melihat Jannah dan Firdaus bercakap sesama mereka tetapi mata pandang pada dinding. Tergelak juga apabila ditegur, tetapi itulah konsep yang diajar semasa mereka dan sahabat jemaah yang lain mengikuti tamrin setiap kali cuti semester.
Kini sudah 2 tahun mereka dibaitul muslimkan. Tidak pernah bermessage, berchat hatta beremel tidak pernah sama sekali. Bagi mereka kepercayaan pada jodoh yang telah ditentukan oleh Ilahi perlu dipegang teguh. Mengapa perlu mencari perkara yang haram sedangkan perjalanan yang dituju adalah sesuatu yang halal. Kini, Firdaus telah pun bekerja di sebuah syarikat yang besar sebagai jurutera. Jannah hanya tinggal satu semester lagi untuk memegang segulung ijazah. Kegembiraan jelas terpancar. Dia yakin dirinya akan dijodohkan tidak lama lagi kerana dia masih ingat janji Firdaus semasa pertama kali bertaaruf dulu bahawa Firdaus akan kerumahnya untuk melamar sesudah sahaja Jannah menghabiskan pengajiannya.
Setelah penat seharian berjalan dari satu kelas ke kelas yang lain, Jannah ingin merehatkan badan dan minda dengan membaca emel yang mulai penuh setelah 3 hari tidak membuka internet. Sibuk dengan assignment yang perlu disiapkan. Tiba-tiba Jannah terkejut mendapat emel dari Firdaus. Apakah ada berita gembira yang ingin disampaikan?
Assalammualaikum wrh wbt
Maaf sekiranya kehadiran emel ni membuat kan anti gelisah. Sebelum ana menulis emel ini, ana sudah beberapa kali memohon kepada ALLAH agar diberi pilihan yang tepat dan diberi kekuatan dengan apa yang ana ingin sampaikan.
Jujur ana katakan, cinta ana pada anti adalah kerana ALLAH Taala dan ana ingin melamar anti secepat yang mungkin agar kita dapat menunaikan sebahagian sunnah Rasulluah. Ana juga memerlukan anti sebagai sayap kiri ana ketika ana sibuk bergerak dalam perjuangan ISLAM nanti. Baru-baru ini, ibu ana di kampung menelefon ana meminta ana segera pulang kerumah. Ana terkejut tetapi ana tetap taat dengan apa yang disuruh oleh ibu walaupun ana tidak pasti mengapa ibu meminta pulang dengan tergesa-gesa.
Apabila ana sampai ke rumah, ibu memberitahu bahawa ana akan dijodohkan dengan sepupu jiran sekampung. Gambar ana telah pun ibu beri pada keluarga sebelah muslimat. Ana jadi bingung mengapa ibu kelam kabut melakukan semua ini padahal ibu sudah pun mengetahui status ana bersama anti. Esoknya ibu meminta ana kerumah keluarga bakal menantu ibu. Ana hanya berdiam diri bisu tanpa suara. Sesekali menitis juga air mata. Ibu bersetuju untuk melamarkan ana dengan muslimat tersebut.
Apabila pulang kerumah, ana bertanya kepada ibu mengapa dia lakukan semua ini. Ibu memberitahu bahawa dia tidak suka anaknya berkahwin dengan bakal menantu yang luar dari negeri ana. Anti pun mungkin faham semangat kenegerian ana memang kuat. Sangat susah untuk orang-orang tua melepaskan anaknya berkahwin dengan orang yang tinggal jauh mungkin takut anaknya akan melupakan ibunya. Serba salah ana apakah cara terbaik untuk ana sampaikan berita sebegini pada anti. Risau anti akan tersinggung ataupun terluka, tetapi ana berharap agar anti memahami situasi yang ana lalui sekarang. Jangan lah risau, ana akan cuba memujuk ibu ana semula. Cuma ana memohon doa dari anti dan sama-samalah kita solat hajat agar dipermudahkan segala urusan.
Ikhlas,
Firdaus.
Jannah terkedu tetapi tidak cepat melatah. Baginya jodoh itu rahsia ALLAH. Perancangan hebat mana pun kita fikirkan, tetapi bila ALLAH kata “kun fayakun” semua perancangan kita akan gagal. Namun Jannah bersangka baik dengan apa yg berlaku. Jannah terus memegang mouse dan click kearah ‘reply’.
Waalaikumsalam wrh wbt
Syukran atas kejujuran dan keihklasan anta. Jangan terlalu memikirkan tentang perasaan ana. Paling penting sekarang, patuhilah kehendak ibu anta. Dialah satu-satunya ibu yang kita ada. Ibu tidak boleh diganti dengan sesiapa sahaja. Restu ibu adalah yang paling mustahak. Mungkin muslimat yang dipilih oleh ibu anta adalah yang terbaik untuk anta. Sesungguhnya apa yang diatur dan dirancang itu adalah dari ALLAH. Kita sebagai hambaNya sentiasalah redha dan tawakal dengan segala yang berlaku. Kita sudah dewasa dan tahu yang mana baik dan yang buruk. Ana doakan agar anta dapat membuat satu keputusan yang tepat.
Salam,
Jannah
Sudah sebulan Jannah tidak mendapat apa-apa khabar berita dari Firdaus. Risau tidak keruan. Bukan risau sebab dirinya tidak akan dipilih, tetapi risaukan keadaan ibu Firdaus. Dia sedar dirinya bukanlah layak untuk mencampur urusan dalam hal keluarga Firdaus. Seboleh-bolehnya Jannah tidak mahu hati sesiapa terluka. Biarlah dirinya dilukai kerana dia yakin ALLAH bersama dengan orang sabar. Setiap malam Jannah akan berqiamulail dan berhajat pada Yang Esa semoga semua keadaan akan kembali damai. Berilah kekuatan kepada Firdaus untuk membuat pilihan. Berilah petunjuk dan jalan yang mudah kepadanya. Ya ALLAH, aku tahu diri ini tidak layak dicintai, namun begitu, apa pun keputusan yang bakal ku terima, Kau lindungilah aku, tabahkanlah hati aku.Hati ku hanya milikMu Ya ALLAH.
Usai solat subuh, Jannah terus meng’online’ internet. Niat di hati untuk mencari ‘journal’ yang boleh dijadikan maklumat untuk dimasukkan dalam ‘thesis’ semester akhir ini. Tergerak dihati untuk melihat “1 new message received” yang baru diterimanya.
Assalamua’laikum warahmatullah wabarakaatuh.
Selamat pagi.
Semalam ibu ana telefon ana dan meminta ana memberi jawapan samada ana bersetuju dengan pilihan ibu atau tidak. Ana beritahu yang ana perlukan sedikit masa. Ibu ana dalam keadaan yang sedikit tertekan. Ibu betul-betul sayangkanpilihannya , dan keluarga di sebelah sana telah berkunjung ke rumah ibu untuk mengetahui jawapan dari ana. Ibu ana menangis, betul-betul mengharapkan ana menerima calon pilihannya. Ana rasa, anti pun mungkin faham keadaan ana apabila melihat ibu kita menangis dihadapan kita atau tengah bercakap di telefon. Ana tiada pilihan lain melainkan menyatakan persetujuan ana kepada ibu. Sekali lagi ibu ana sebak dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada ana. Ibu ana pun sudah tua dan ana memang sudah bertekad untuk menurut apa jua pilihan ibu ana tanpa bantahan dan tidak mahu lagi untuk bertegang leher seperti sebelum ni.
Jodoh merupakan antara perkara yang memang ditetapkan Allah swt. Kita hanyamerancang, Allah yang menentukan. Insya Allah, doakan ana bahagia dengan pilihan ibu ana dan ana akan doakan anti agar mendapat pasangan hidup yang jauh lebih baik berbanding ana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba- Nya.
Pokok pangkalnya, semoga proses Baitul Muslim yang kita lalui dalam sekitar 2 tahun ini mendapat rahmat daripada Allah swt. Alhamdulillah, ana sedikit terharu kerana memikirkan yang kita saling menjaga hubungan yang dibina dalam masa 2 tahun ini. Insya Allah, semoga kita dapat terus membina Baitul Muslim dengan pilihan masing-masing kelak.
Justeru, ana dengan ikhlas menamatkan hubungan Baitul Muslim dengan anti.Ana yakin, anti seorang yang tabah dan kuat untuk menghadapi situasisebegini. “Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar”.
Ikhlas,
Firdaus.
Titisan air mata tidak dapat ditahan, Jatuh berderai-derai sukar untuk berhenti. Memang benar, jodoh itu rahsia ALLAH. Mungkin belum sampai masanya. Bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Umur Jannah meningkat dewasa. Selepas berjaya menamatkan ijazah sarjana (Master of science) yang baru diperolehi dari Universiti Birmingham , Jannah berkeputusan untuk menyambung lagi pelajaran ke peringkat PHD. Bukannya Jannah sukar menerima insan bernama suami untuk bertakhta dihatinya, tetapi setiap kali meminta petunjuk dari ALLAH, semuanya berkeputusan negatif. Kadang-kadang terpaksa menebal muka untuk menolak lamaran beberapa muslimin yang ingin berbaitul muslim dengannya.Mungkin inilah jalan terbaik dari ALLAH.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.( 2:216)
Jannah yakin akan janji ALLAH. Jannah sedari ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Menjadi seorang isteri yang mithali bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kita belum bersedia dan tidak meletakkan iman dihati. Memang benar, ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab banyak yang perlu dipikul. Bukankah sekiranya kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa yang jalannya menuju ke neraka? Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan hanya ingin melepaskan hawa nafsu. Usah dirisaukan akan jodoh, tiba masanya ia akan datang menjemput.
Jannah mendapat khabar yang Firdaus kini sedang menanti anak ke tiga hasil dari perkahwinan pilihan ibunya. Setiap kali selesai bersolat, Jannah sentiasa mendoakan agar kebahagian dan kerahmatan ALLAH dilimpahkan kepada keluarga Firdaus. Memang benar, sekiranya tiada restu dari ibu dan bapa, keredhaan ALLAH juga tidak diperolehi. Jannah membuka helaian buku diari yang agak lama tersimpan di dalam kotak sebelum dia menyambung pelajaran ke Birmingham . Satu keratan kertas kecil terjatuh dilantai. Nota ringkas yang diselit oleh sahabat lamanya sentiasa memberi semangat baru untuk dia meneruskan hidup. “Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”